RSS

Najib Rosmah Gadai Akidah: Harussani Tewas Pada Guru Ji



Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria melahirkan rasa terkilan dengan sikap Datuk Seri Najib Razak yang “menggadai akidah” apabila hadir dalam upacara keagamaan sempena sambutan perayaan Thaipusam di Batu Caves baru-baru ini.

Tegas Harussani, walaupun sudah ditegur setiap tahun namun Perdana Menteri itu seolah-olah tidak memandang berat akan kepentingan agama Islam dan akidah.


“Ini perbuatan syirik, saya tidak tahu mengapa jadi macam ini... sedangkan perayaan kaum lain kita tidak boleh sambut ini pula hadir di rumah ibadat mereka.

“Bagaimana boleh terlajak macam ini, sepatutnya Perdana Menteri wakilkan menteri beragama Hindu untuk menggantikan dirinya... sebab umat Islam tidak boleh terlibat dalam sambutan perayaan agama lain,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Beliau menambah Menteri Hal Ehwal Agama Islam atau Penasihat Agama sepatutnya menasihatkan Najib agar tidak hadir dalam perayaan itu.


“Kita tidak boleh sambut (perayaan agama lain), mereka lakukan upacara keagamaan dan kita sebagai umat Islam tidak boleh hadir... itu upacara ibadat mereka.


“Sebagai Perdana Menteri, Najib sepatutnya sedar dan menghantar wakil. Saya sudah tegur perkara ini setiap tahun namun tidak dipedulikan,” katanya menambah Najib wajar mencontohi sikap Perdana Menteri terdahulu yang menghantar wakil masing-masing.


Pada 7 Februari 2012 lalu, Najib menghadiri sambutan perayaan Thaipusam di Batu Caves selain turut mengumumkan peruntukan awal berjumlah RM2 juta untuk membina pusat kebudayaan di kawasan itu.


Najib yang lengkap berpakaian Kurta berwarna kuning muda ditemani isteri Datin Seri Rosmah Mansor, mengakui gembira untuk turut sama memeriahkan Hari Thaipusam dan ini merupakan kali ketiga beliau mengunjungi Batu Caves sempena perayaan itu sejak 2010.


“Jangan gadai akidah kita, hukumnya syirik apabila kita hadir dalam perayaan mereka seperti kita merestui agama kaum lain... kita sepatutnya menjauhi perbuatan khufur yang boleh merosakkan akidah.

 

“Perkara ini serius kerana ia masalah akidah, saya wajib tegur. kalau tidak mahu dengar terpulang,” kata Harussani menambah tiada halangan sekiranya menghadiri majlis rumah terbuka tetapi bukan upacara keagamaan./TMI


Kita Selongkar Kembali: Najib Beragama Islam Tetapi Mengamalkan Ajaran Hindu


Mr. Thagarajoo dari Bandar Kinrara Puchong, Selangor yang pernah berkhidmat dengan Datuk KS Nallakaruppan dan kemudiannya berkerja sebagai pemandu kepada Datuk Kenneth Eswaran telah mendedahkan bahawa Datuk Seri Najib dan Datin Seri Rosmah Mansor telah menjadikan berbomoh (bomoh Hindu) sebagai amalan mereka.

Datuk Kenneth Eswaran adalah rakan akrab kepada Datuk Seri Najib Razak
Antara apa yang dinyatakan oleh Thagarajoo dalam ‘akuan bersumpah’nya ialah:
  • Beliau sendiri (atas arahan Datuk Kenneth) yang membawa bomoh bernama Mr. Ji berbangsa India dan beragama Hindu ke rumah Datuk Seri Najib untuk upacara berbomoh mengikut amalan Hindu. Bomoh tersebut didatangkan khas dari Kerala, India. 
  • Bomoh tersebut bukan sekali ke rumah Najib tetapi banyak kali.
  • Antara kaedah berbomoh yang dilakukan di dalam rumah Najib termasuklah yang memerlukan Najib dan Rosmah duduk di tengah-tengah sementara Mr. Ji menjalankan upacara menteranya (mungkin dengan berjampi mengelilingi Najib dan Rosmah) yang menggunakan segala peralatan berunsur kepercayaan agama Hindu. Kemudiannya Najib dan Rosmah akan dimandikan dengan susu lembu oleh bomoh tersebut.
  • Menurut Thagarajoo, setiap kali amalan Hindu ini dilakukan ke atas Najib dan Rosmah, beliau hadir sama.
  • Semasa pilihanraya kecil Ijok pada tahun 2007, Thagarajoo telah memandu Mr. Ji ke Pusat Pembuangan undi untuk menjalankan aktiviti menteranya bagi menjamin kemenangan calon Barisan Nasional dari MIC, K. Partiban.
  • Thagarajoo penuh yakin amalan berbomoh Hindu ini masih diteruskan oleh Najib dan Rosmah. Malahan beliau yakin Mr. Ji turut dibawa ke Permatang Pauh.
  • Datin Seri Rosmah pernah meluahkan rasa bimbangnya kepada Datuk Kenneth sekiranya Datuk Seri Abdullah Badawi berkahwin dengan Jeanne. Datuk Kenneth kemudiannya memberi jaminan dia akan meminta bantuan bomoh Hindu itu untuk menghalang perkahwinan Abdullah dengan Jeanne.
Titipan di atas adalah akuan bersumpah yang tidak disiasat oleh PDRM kerana ianya melibatkan Datuk Seri Najib dan Rosmah Mansor. Cuba kita bandingkan dengan laporan berikut:
  • Polis menemui dua kertas putih dan sepotong kayu kecil, dipercayai dijampi, yang diselitkan secara misteri di bawah meja Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di bangunan Umno.
  • Ketua polis daerah Dang Wangi, ACP Zulkarnain Abdul Rahman hari ini dilaporkan mengesahkan penemuan objek tersebut, tetapi beliau enggan memperincikannya. 
  • Menurut laporan Sin Chew Daily, skuad pemusnah bom polis Kuala Lumpur menemui objek misteri itu dalam pemeriksaan rutin mereka beberapa hari lalu di bilik mesyuarat Umno di tingkat 39 bangunan ibu pejabat parti.
Akuan Bersumpah Mr. Thagarajoo(1)
Akuan Bersumpah Mr. Thagarajoo(2)

Berdasarkan apa yang telah diperakukan melalui ‘Akuan Bersumpah’ oleh Mr. Thagarajoo, maka rakyat dapat membuat telahan siapakah yang cuba menggunakan ‘ilmu hitam’ atau ‘ilmu Setan’ terhadap Datuk Seri Abdullah Badawi. Mungkinkan orang itu terlalu rakus untuk menjawat jawatan perdana menteri.

Dan tidak hairanlah jika Najib Rosmah tampa segan silu menggadaikan akidah mereka demi kesinambungan kuasa. 

.

 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog List 1

Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors